• Jom Sertai Karnival Jualan MyCEO

    • Karnival Jualan MyCEO adalah program kesinambungan daripada program bootcamp di mana peserta akan mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari di sepanjang bootcamp yang lepas.
    • Peserta akan diberikan seorang mentor usahawan yang mempunyai produk sendiri untuk diniagakan di karnival tersebut sambil memberi tunjuk ajar secara praktikal kepada mereka di sepanjang karnival berlangsung.
    • Terdapat juga pelbagai aktiviti lain untuk memeriahkan karnival.

    Apa kelebihan menyertai Karnival Jualan MyCEO?

    Berbeza dengan program karnival yang lain, MyCEO adalah lebih kepada program “Apprentice” yang bertujuan untuk mendidik dan melahirkan usahawan-usahawan untuk generasi akan datang.

    Kelebihan menyertai karnival ini adalah:

    • Satu platform pendidikan keusahawanan di mana para peserta didedahkan dengan pengalaman sebenar menjalankan perniagaan.
    • Sebagai tapak latihan untuk para peserta membina keyakinan diri di khalayak ramai.
    • Melatih para peserta dengan skil komunikasi yang berkesan.
    • Memupuk sifat kerjasama, toleransi dan kepimpinan di dalam menerajui sebuah perniagaan.
    • Mempraktikkan skil kemahiran hidup yang sememangnya diperlukan dalam kehidupan seharian.

Ingin terapkan nilai keusahawanan dalam diri anak-anak anda? Kami membimbing mereka melalui pendekatan

  • Teori
  • Praktikal
  • Grooming

Daftar sekarang dan kami akan kongsikan rahsianya.