Apa Itu MyCEO?

  • Apa Itu MyCEO?

    MyCEO atau “Malaysia Children Entrepreneurship Orientation Program‟ merupakan satu program pendidikan yang berorientasikan keusahawanan khusus untuk kanak-kanak sekolah rendah dari Darjah 3 hingga 6.

    Menyedari betapa pentingnya keusahawanan itu dijadikan satu budaya masyarakat Malaysia di masa akan datang, MyCEO berperanan untuk memupuk kesedaran dan menanamkan minat kanak-kanak di dalam bidang ini sejak dari awal usia lagi. 

    Ini bagi mengurangkan kebergantungan mereka terhadap pihak kerajaan atau swasta untuk menyediakan peluang pekerjaan apabila mereka tamat pengajian nanti.Sebaliknya kanak-kanak ini bakal mencipta peluang pekerjaan untuk diri sendiri dan masyarakat sekitarnya di suatu hari nanti.

  • Mengapa Keusahawanan?

    • Satu bidang yang lengkap dan menyeluruh
    • Latihan kemahiran hidup (life & survival skill) yang sebenar
    • Pelbagai skil penting yang perlu diasah dari awal usia
    • Semua kemahiran yang diajarkan memang relevan dan sangat diperlukan di dalam hidup (bukan hanya untuk menjadi usahawan semata-mata)
  • Mengapa Kanak-Kanak?

    • Lebih mudah dibentuk dan diajar
    • Belum mempunyai sifat negatif yang keterlaluan (ego, inferiority complex, malu tak bertempat, tamak, dsb)
    • Memastikan bidang ini tertanam di dalam minda luar sedar mereka sehingga ke alam dewasa
    • Pendedahan awal agar keusahawanan menjadi satu budaya masyarakat di masa akan datang.
    “Orang-orang Cina hebat berniaga bukanlah kerana mereka memang semulajadi mahir dalam bidang tersebut. Sebaliknya mereka menjadi mahir kerana mereka telah didedahkan dengan dunia perniagaan sejak dari kecil lagi.”

    YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad

Ingin terapkan nilai keusahawanan dalam diri anak-anak anda? Kami membimbing mereka melalui pendekatan

  • Teori
  • Praktikal
  • Grooming

Daftar sekarang dan kami akan kongsikan rahsianya.